October 22, 2024

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini admin ingin berkongsi satu tempat yang boleh di kelaskan sebagai tempat yang wajib di kunjungi.

Tempat tersebut ialah Dangau 2By2 Food Station. 

Anda mesti nak tau kan kenapa tempat ini adalah tempat makan yang wajib anda kunjungi. Teruskan membaca.

 

Untuk makluman anda nama 2By2 tu berasal daripada sebuah kumpulan penyanyi yang dikenali ramai.

Pernah berduet menyanyikan lagu bersama penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Mazleela, Anis Suraya dan Noraniza Idris.

Dangau 2By2 Food Station ini terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam. Alamat lengkap ada di bahagian bawah ini.

 

5 Kelebihan yang ada di Dangau 2By Food Station lebih baik dibandingkan dengan tempat lain.

 

1) Tempat ala ala kampung.

Hanya di Dangau 2By2 anda boleh mendapatkan tempat makan yang ala ala kampung. Berbumbungkan atap nipah sambil tu boleh makan bersila.

Memang mengundang nostalgia kepada mereka yang pernah merasa hidup di kampung semasa kecil. Kalau anda anak bandar boleh juga mencuba suasana ini.

Hanya di Dangau 2By2 Food Station sahaja.

 

2) Makanan yang sedap belaka.

Makanan yang disediakan oleh vendor di Dangau 2By2 Food Station memang sedap belaka.

Anda memang patut datang dan mencuba. Berikut adalah makanan yang disediakan disini.

 

a) Shell Out Dulang.

 

b) Szilling.

 

c) Tom Yam.

 

d) Sate.

 

e) Aneka sup utara.

 

f) Western Food.

 

g) Nasi Lemak Panas + Ayam Berempah

 

h) Ayam Penyet dan Bakso.

 

i) Pasta.

 

j) Minuman yang sedap dan segar.

k) Nasi Arab + Kari Kambing

 

3) Parking yang luas.

Tidak perlu risau dimana nak letak kenderaan anda walaupun di kawasan Kampung Melayu Subang ini memang kurang kawasan yang luas.

Hanya di Dangau 2By2 Food Station disediakan kawasan yang luas untuk anda letak kenderaan tanpa menganggu orang lain.

 

4) Free Wifi.

Ada assigment nak buat, nak main game berkumpulan dan apa sahaja yang menggunakan internet.

Sila lah datang ke Dangau 2By2 Food Station. Percuma sahaja.

 

5) Kemudahan Tandas dan Surau.

Di sediakan juga untuk anda kemudahan surau untuk lelaki dan wanita.

Tidak perlu risau, anda boleh makan dengan tenang dan solat bila masuk waktu. 

Tandas juga disediakan untuk anda sekeluarga. Sentiasa di cuci setiap masa untuk memastikan kebersihannya terjaga.

 

Lokasi.

Nak datang mudah sahaja. Anda boleh google maps atau waze sahaja Dangau 2By2 Food Station.

In shaa Allah akan sampai. Atau anda klik sahaja link di bawah ini.

link : https://maps.app.goo.gl/PZgyw4ZLdaXj5iWN6

 

Jangan lepas kan peluang untuk makan di tempat istimewa ini.

Sila lah datang.

 

Terima kasih

 

Nota : Nak cari sate yang sedap klik je link ini SADELI Sate Delivery.