October 22, 2024

Assalamualaikum w.b.t

 

Selamat datang diucapkan dan terima kasih kepada anda kerana berada di ruangan Jom Niaga Sate dan membaca sehingga habis.

In shaa Allah anda akan mendapat ilmu yang berfaedah untuk kehidupan yang lebih baik.

 

Pengenalan Jom Niaga Sate.

Pada masa kini kebanyakan daripada rakyat Malaysia mempunyai lebih daripada satu pekerjaan.

Satu pekerjaan hakiki sementara satu lagi adalah pekerjaan secara sambilan atau part time.

Ada yang bekerja di pejabat atau kilang dan menjadi penghantar barang atau makanan pada sebelah petang atau malam.

Ini adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan tambahan akibat daripada tekanan ekonomi yang kian mencabar di Malaysia.

 

Faedah sebagai rakan niaga sate.

a) Peluang niaga sate dan produk lain

Anda akan berniaga sate mentah yang akan dibakar kepada pelanggan.

Tetapi anda juga adalah agen untuk produk seperti sate mentah frozen, sate siap bakar frozen, Kuah kacang frozen dan lain lain produk lagi.

Jualan sate tidak hanya kepada pelanggan yang datang kepada anda (walk in customer).

Ada juga pelanggan daripada tempahan. 

Di Malaysia ada banyak perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Thaipusam.

Biasa pelanggan akan membuat tempahan sate untuk meraikan keluarga dan sahabat handai sempena perayaan tersebut.

Ini adalah peluang anda untuk menjana pendapatan selain daripada pelanggan yang datang ke premis perniagaan anda.

 

b) Ada produk sendiri.

Ada di antara yang yang telah mempunyai premis perniagaan dan produk sendiri.

Ini adalah kelebihan yang ada jika anda menjual sate sebagai produk tambahan.

Anda memberi peluang kepada pelanggan untuk mempunyai lebih banyak pilihan makanan.

Outlet yang mempunyai banyak pilihan makanan menjadi pilihan pelanggan berbanding kurang pilihan.

Premis makanan seperti kedai tom yam, restoren dan cafe di galakkan untuk menjadikan sate ini pilihan  menambah jenis produk makanan.

 

c) Bimbingan dan latihan secara praktikal di outlet sate.

Anda jangan risau atau bimbang jika tidak tahu untuk membakar atau mengendalikan sebuah outlet sate.

Kerana pakej rakan niaga ini termasuk juga latihan di outlet admin di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.

Anda akan diajar bagaimana untuk menyediakan sate mentah dan bahan bahan lain. Begitu juga membakar sate dan teknik pembungkusan.

Oleh itu anda akan lebih yakin lagi bila mula berniaga sate sendiri.

 

d) Promosi iklan percuma di website www.jom makansate.com.

Khas untuk pembaca website ini. Promosi pengiklanan percuma selama setahun di website ini.

Ini akan dapat membantu anda mengurangkan sedikit kos pengiklanan.

Anda juga boleh fokus kepada perkara lain seperti pemasaran cara anda, pengurusan dan sebagainya.

Pakej yang di tawarkan ialah Pakej Combo.

 

e) Guna jenama sendiri.

Ya. Anda boleh guna jenama sendiri dan menetapkan harga jualan tanpa sebarang sekatan.

Ini akan membuat anda lebih yakin lagi dengan perniagaan sate dan juga menambah jenis produk lain seperti minuman dan sebagainya.

 

f) Nak cuba dulu. Sedap ke sate nya? Besar ke saiz sate?

Sebelum memulakan perniagaan pastinya anda mesti mengetahui produk yang hendak dijual dengan jelas.

Untuk sate mesti la sedap dan saiz yang bersesuaian dengan harga yang hendak dijual.

Oleh itu anda dijemput ke outlet seperti alamat dibawah ini. Ini adalah untuk mencuba sendiri sate tersebut.

Kalau berpuashati boleh la berjumpa atau menghubungi admin untuk tindakan selanjutnya.

 

Lokasi perniagaan adalah seperti berikut

SADELI Sate Delivery,

d/a Dangau 2By2 Food Station,

Pt 50931, Jalan Resak, Kampung Melayu Subang, 

40100, Shah Alam, Selangor.

 

g) Promosi istimewa sehingga 31 disember 2023

Ada promosi istimewa untuk anda.

Dengan modal RM500 layak sebagai rakan niaga. Anda boleh beli sate dengan nilai tersebut.

Dibuka kepada 5 orang yang pertama sahaja. Harga biasa RM1000.00

Cepat cepat grab peluang ini.

 

Testimoni 1

 

Testimoni 2

 

Testimoni 3

 

h) No untuk dihubungi.

Bersedia untuk memulakan perniagaan. Hubungi no di bawah ini. Klik je

https://www.wasap.my/601151145694/niagasate

Nama : Zaharman Bin Subari

No Hp : 011 5114 5694