October 22, 2024

Rakan Niaga JMS.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Keadaan ekonomi sekarang ini semakin mencabar bagi sebahagian besar rakyat Malaysia. Ramai yang membuat kerja  sampingan selain kerja hakiki untuk menambah pendapatan keluarga.

Ada yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, penghantar barangan dan makanan seperti pemandu grab, lalamove dan lain lain syarikat.

Yang berkemahiran memasak akan menjual makanan daripada rumah atau warung secara kecilan dalam usaha untuk menambah pendapatan.

Namun yang tiada kemahiran atau tidak yakin untuk menjual masakan makanan pun akan buntu juga bagaimana nak menambah pendapatan.

Admin nak berkongsi dengan anda. Bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan cara yang mudah. 

Anda hanya perlu bersama admin sebgai Rakan Niaga JMS. 

Anda sebagai Rakan Niaga JMS, anda layak membeli sate mentah frozen dan lain lain produk dengan harga yang lebih rendah dan menjual semula untuk mendapat keuntungan. Anda juga boleh menjual asam pedas dengan hanya membeli pes sahaja.

Admin nak maklum slot terhad kerana tidak mahu terlalu ramai Rakan Niaga JMS untuk satu kawasan. Siapa cepat dia dapat.

 

1) SYARAT UTAMA  

1) Sanggup membuat pelaburan seperti membeli freezer, dapur sate, microwave dan lain lain yang diperlukan.

2) Membeli sate mentah dan lain lain produk dengan kos yang telah di tetapkan.

3) Anda boleh rujuk admin untuk maklumat lanjut.

 

2) SIAPA LAYAK

a) Peniaga dari rumah.

Khas untuk anda yang mempunyai pekerjaan hakiki tetapi ingin menjana pendapatan tambahan daripada rumah sahaja.

b) Peniaga luar rumah.

Peniaga luar rumah ini ialah anda yang berniaga di tepi kedai, tepi jalan, pasar malam dan sebagainya. Contoh peniaga burger, pisang goreng, jual air balang dan lain lain.

c) Peniaga makanan berpremis.

Peniaga makanan berpremis ini ialah anda yang mempunyai perniagaan kedai makan seperti warong, restoren atau cafe. Anda boleh tambah menu untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan. 

 

3) FAEDAH

Teruskan membaca kerana ada banyak faedah untuk anda sebagai Rakan Niaga JMS.

 

Berikut adalah faedah untuk anda bila menjadi Rakan Niaga JMS.

1) Pelbagai produk sate.

a) Pelbagai jenis sate seperti ayam, daging, kambing dan lain lain.

b) Sate mentah yang anda bakar kepada pelanggan.

c) Sate mentah frozen.

d) Sate siap bakar frozen.

e) Kuah kacang frozen.

f) Pes Asam Pedas

Dengan pelbagai jenis sate ini akan memberikan banyak pilihan kepada pelanggan anda. Dan secara konsisten memberikan lebih pendapatan.

Untuk makluman anda jualan sate tidak hanya kepada pelanggan yang datang ke outlet kita (Walk in Customer). Tetapi ada juga pendapatan daripada tempahan sate. Tempahan sate boleh daripada rumah, pejabat dan lain lain.

Nota : Anda juga boleh jual menu lain sebagai tambahan mengikut kemampuan anda. Admin juga menjual menu kesukaan ramai iaitu Asam pedas+nasi putih.

 

2) Bimbingan dan latihan secara terus di outlet sate.

Anda akan dibimbing dan dilatih supaya lebih yakin dan berani apabila mula berniaga nanti.

Latihan seperti teknik membakar sate, persediaan sebelum dan selepas seperti pembungkusan dan lain lain yang berkaitan akan diajar di outlet admin.

 

3) Pengiklanan percuma di website www.jommakansate.com.

Pengiklanan percuma untuk anda di website ini untuk tiada tempoh had masa dengan syarat selagi anda mengambil sate daripada admin.

Ini adalah salah satu cara untuk anda mengurangkan kos pengiklanan. Anda boleh fokus kepada perkara lain seperti pengurusan perniagaan atau cara pemasaran yang lain.

Rakan niaga sate akan menerima pakej combo (Carian sate + Blog).

 

4) Iklan berbayar secara berkumpulan.

Bagaimana?

Berkongsi dengan kos yang dipersetujui untuk membuat iklan berbayar di media sosial seperti di facebook, tik tok dan google.

Pengiklanan melalui website berbentuk landing page. Hanya yang bersetuju perniagaan sate anda akan dipaparkan nama dan alamat anda beserta keterangan berkenaan perniagaan lain anda di website tersebut. Contoh klik disini XXXXX

Kelebihan.

Anda semua tahu kos iklan berbayar menggunakan kos yang tinggi kerana iklan lebih tepat kepada sasaran anda.

Namun apabila anda berkerjasama dengan peniaga lain kos akan lebih rendah. Contoh semua Rakan Niaga JMS di kawasan Puchong bersama untuk iklan berbayar ini akan lebih jimat jika dibandingkan anda bersendirian.

Anggaran kos lebih kurang RM 200 – RM300 sebulan berbanding RM 2000 sebulan minima jika anda menggunakan iklan berbayar facebook dengan kos RM30 sehari.

Admin perlukan minima 10 Rakan Niaga JMS bersetuju untuk bersama sama dengan projek ini. 

Nota : Tiada paksaan untuk anda bersama sama dengan iklan berbayar secara berkumpulan ini. 

 

5) Guna jenama sendiri.

Anda wajib guna jenama sendiri dan menetapkan harga jual tanpa sekatan daripada admin.

Dengan jenama sendiri anda boleh merancang perniagaan anda untuk jangka masa yang panjang tanpa perlu risau dengan kontrak atau yuran kerana menggunakan jenama orang lain.

Anda juga boleh mereka bentuk logo dan slogan untuk perniagaan anda. Ini akan menambah keyakinan pelanggan kepada perniagaan anda.

 

6) Nak cuba dulu –  Sedap ke?

Sebelum memulakan perniagaan pastinya anda mesti mahu mengetahui produk yang hendak dijual dengan jelas.

Untuk sate mestilah yang sedap dan saiz yang bersesuaian dengan harga jualan.

Admin menjemput anda untuk mencuba sendiri sate tersebut. Kalau berpuas hati boleh seterusnya berbincang untuk perancangan seterusnya.

 

7) Penyertaan terhad.

Maaf. Penyertaan adalah terhad. Hanya maksima 15 penyertaan sahaja satu kawasan berdasarkan alamat. Siapa cepat dia dapat.

Contoh alamat Puchong maksima hanya 15 penyertaan sahaja dibenarkan. Ini adalah untuk memastikan Rakan Niaga JMS mendapat liputan kawasan niaga yang besar.

Penyertaan awal dan rajin membuat pengiklanan sendiri akan memberi kelebihan kepada anda.

 

8) No untuk dihubungi

Bersedia untuk memulakan perniagaan sate. Hubungi no di bawah ini. Klik je
https://www.wasap.my/601151145694/rakanniagasate

Nama : Zaharman Subari